FORUM MAMPAN: JAMINAN MAKANAN & PERTANIAN LESTARI

Lokasi: DEWAN TERBUKA MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH

Masa: 09:00 AM
Senarai Program

Maklumat Program

PERTANIAN LESTARI; KE ARAH JAMINAN BEKALAN MAKANAN

Kaedah Pertanian Lestari merupakan konsep yang luas dan menyeluruh serta memberi penekanan kepada ketahanan pengusahaan pertanian dari segi alam sekitar, ekonomi dan komponen pertanian dalam jangka masa panjang.
Penekanan diberikan kepada kecekapan pengeluaran yang tinggi pada sumber yang terhad di samping penggunaan sumber yang meminimumkan gangguan kepada alam sekitar. Bagi mewujudkan sesuatu sistem pertanian lestari yang menyeluruh, semua disiplin dalam amalan pertanian seperti pembaikbiakan dan genetik, agronomi, sains tanah, mikrobiologo, bioteknologi, pengurusan serangga dan penyakit, fisiologi dan biokimia tanaman dan ekonomi pengeluaran perlu digabungkan.

Pertanian Lestari juga merupakan satu konsep pertanian mampan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Produk pertanian lestari adalah selamat dimakan, mengurangkan pencemaran alam sekitar selain menstabilkan pendapatan petani. Peralihan daripada pertanian konvensional kepada pertanian lestari mempunyai banyak kelebihan. Satu cara bagi mengatasi masalah pembebasan gas rumah hijau dan pemanasan global adlah pertanian lestari. Pertanian Lestari banyak bergantung kepada bahan semula jadi menggunakan flora dan fauna yang terdapat dalam tanah, misalnya bagi mendapatkan unsur nitrogen dalam baja, gunakan mikrob yang mampu mengambil nitrogen dari udara untuk dipindahkan ke pokok.

Ketahui lebih lanjut dalam 
FORUM MAMPAN: JAMINAN MAKANAN & PERTANIAN LESTARI
15 MAC 2020/ AHAD 9.00 PAGI
DEWAN TERBUKA MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH

Untuk pendaftaran sila daftar di link:

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSe9IBLYmXaFlHoNEn…/viewform