Penternakan Larva Lalat Askar Hitam

Lokasi: Dewan Terbuka Majlis Daerah Pasir Puteh,Pasir Puteh,Kelantan.

Masa: 14:30 PM
Senarai Program

Maklumat Program

 

Sumber Protein Terkini Makanan Ternakan

Lalat Askar Hitam (Black Soldier Fly; BSF), atau Hermetia illucens adalah spesies lalat yang biasa ditemui famili Stratiomyidae.Ia terdapat di Eropah, Afrika tropika, Australasia, Amerika Tengah dan timur Asia termasuk Malaysia.

BSF adalah lalat yang memegang beberapa sifat unik. Ia bukan perosak seperti lalat rumah biasa, dan ia tidak dikategorikan sebagai serangga perosak atau pembawa penyakit.

Larva BSF memainkan peranan yang sama dengan cacing merah sebagai pengurai penting dalam memecahkan substrat organik dan mengembalikan nutrien ke tanah.

Salah satu sifat yang paling menarik ialah kitaran hidup tertutup. Lalat BSF betina dewasa bertelur sebelum mati, dan larva menetas dalam masa 4 hari.

Ketahui manfaat BSF dalam Bengkel Pertanian: Penternakan Lalat Askar Hitam/Black Soldier Fly Larvae Nursery di Jelajah Forum Dan Ekspo Mampan Peringkat Negeri Kelantan 2020.

Jadual Program:

Yuran:PERCUMA
Tarikh:14 Mac 2020
Hari:Sabtu
Masa:2.30 petang
Tempat:Dewan Terbuka Majlis Daerah Pasir Puteh,Pasir Puteh,Kelantan.

Untuk pendaftaran sila daftar di link:

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSe9IBLYmXaFlHoNEn…/viewform