Mampan Eco-Ride

Lokasi: RTC Sungai Rambai

Masa: 08:00 AM
Senarai Program

Maklumat Program

Kayuhan Eco-Ride.

1. Route: RTC Sungai Rambai - Taman Rimbunan Kaseh Serkam, Jasin - RTC Sungai Rambai. Total jarak kayuhan - 35km.

2. Penyertaan adalah percuma.

3. Hentian serta melawat Taman Rimbunan Kaseh. Sebagai informasi, Program Rimbunan Kaseh meliputi pelbagai tanaman pertanian dan ternakan ikan ini diusahakan di atas tanah seluas 14.16 hektar milik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) oleh 97 penerima zakat dari kategori asnaf miskin bertujuan membangunkan suatu kawasan luar bandar secara mampan dan pada masa sama berkemampuan mengubah, menambahbaik dan mempertingkatkan kualiti kehidupan peserta Taman Rimbunan Kaseh.

4. Makanan ringan dan minuman akan disediakan untuk peserta kayuhan Eco-Ride.

5. Kayuhan ini adalah kayuhan santai namun aspek keselamatan dan disiplin di atas jalan raya amatlah diperlukan demi menjamin kelancaran acara.

6. Pihak Polis Diraja Malaysia akan mengiringi acara juga ambulan dari Jabatan Kesihatan dan kenderaan van sekretariat akan bersama untuk memastikan keselamatan peserta kayuhan.