Forum 1: Keusahawanan Dalam Pembangunan Mampan

Lokasi: RTC Sungai Rambai

Masa: 09:00 AM
Senarai Program

Maklumat Program


Forum 1: Keusahawanan dalam Pembangunan Mampan


1. Dr Alawi b Sulaiman (Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni), Uitm.
2. Prof Madya Juhari b Ab Razak (Pengarah Kelestarian dan Alam Sekitar), UTEM
3. Encik Kamarulzaman Ahamad bin Zainudin (Ketua Jabatan Sirim, Melaka)

Berbagai isu global yang mengancam keberlanjutan kehidupan manusia telah mencetus kesedaran untuk manusia mengambil pendekatan baru dalam pembangunan. Istilah ‘sustainable development’ atau pembangunan mampan menekankan keharmonian dan keseimbangan dalam hubungan antara masyarakat, ekonomi dan alam sekitar. Sumber kehidupan untuk generasi akan datang tidak seharusnya dikorbankan atas maksud pembangunan dan aktiviti ekonomi.

Hal ini menuntut keusahawanan yang lebih bertanggungjawab dan ia turut membuka peluang dalam melahirkan pelbagai kaedah dan teknologi baru dalam penggunaan sumber alam termasuk penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy), kitar semula bahan terpakai, pertanian organik, dan sebagainya.

Forum bakal membicarakan tentang:

  • Apakah ciri-ciri pembangunan mampan?
  • Apakah cabaran utama dalam merealisasikan pembangunan mampan di Malaysia?
  • Bagaimanakah tahap kesedaran di kalangan usahawan dan pengguna dalam hal ini?
  • Saranan dan cadangan dalam membina komuniti usahawan yang mengutamakan ‘3P Bottom Line – Profit, People, Planet’?
  • Berbagai peluang keusahawanan yang wujud dalam aspek pembangunan mampan?
  • Pelajaran yang dapat diambil dari mana-mana kes sebenar (actual case study)?