
JELAJAH FORUM DAN EKSPO MAMPAN
18 - 20 August 2017
Taman Gelora, Kuantan, Pahang
moh melestari keindahan dan perpaduan negeri pahang


Pihak Sekretariat Jelajah Forum & Ekspo Mampan dengan kerjasama Kelab Associated Cyclosportif Trekkers Negeri Pahang yang disokong oleh Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan Jelajah Forum & Ekspo Mampan Peringkat Negeri Pahang pada 18, 19 dan 20 Ogos 2017 bertempat di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Pemilihan lokasi Taman Gelora yang berdekatan pantai dan ditutupi oleh pepohon pokok menjadikan ia ‘best-fit’ dalam membantu menyampaikan mesej program. Ditambah pula dengan temanya “Moh Melestari Keindahan dan Perpaduan Negeri Pahang”, sudah pasti ianya akan menjadi satu ajakan kepada masyarakat untuk menjaga dan mensyukuri keindahan alam.
Sebagai daya penarik untuk booth dan aktiviti, nama “Santai di Gelora” diperkenalkan dengan tema Food-Talk-Nature untuk memberitahu masyarakat secara mudah apakah yang akan mereka dapati di JFEM Pahang ini.
Jumpa di sana!