Forum 1

Lokasi: Auditorium, Dewan Millenium

Masa: 08:45 AM
Senarai Program

Maklumat Program

Tajuk Forum: Ke Arah Komuniti Rendah Karbon

Masa: 8.45 pagi - 11.00 pagi

Komuniti rendah karbon bermaksud ‘suatu komuniti di mana para ahlinya berganding bahu mengurangkan pelepasan karbon dioksid dalam apa juga bentuk dan di dalam apa juga aktiviti atau amalan harian mereka termasuk di dalam proses pengeluaran produk di kilang ataupun industri’*.

Karbon dioksid merupakan salah satu ‘gas rumah hijau’ yang menyumbang kepada pemanasan udara dan gejala yang dipanggil ‘pemanasan global’.  Amalan-amalan rendah karbon merangkumi berbagai amalan yang mengurangkan pelepasan atau kadar karbon dioksid di udara seperti mengurangkan penggunaan kenderaan enjin ‘internal combustion’, penanaman pokok (kerana pokok menyerap karbon dioksid), mengurangkan penggunaan penghawa dingin, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, aktiviti kitar semula dan sebagainya.

 

Panel pertama:

Pn Zarina binti Ramli
Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian.
Tajuk pembentangan: Rantaian Industri Pertanian

 

Panel kedua:

Ir.Hjh Rosnani Binti Hj Mahmod
Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai,
Tajuk pembentangan: Program Rendah Karbon Anjuran MPSP

 

Panel ketiga:

Cik Siti Sarah binti Jamil,
Pegawai Penyelidik di Penang Green Council,
Tajuk pembentangan: Polisi Hijau di Pulau Pinang