RMCP Baby Products Sdn Bhd

Kami dari RMCP Baby Products Sdn Bhd (RBP), sebuah syarikat pengeluar lampin bayi pakai buang dari Klang, Selangor. Syarikat kami telah beroperasi sejak lebih 15 tahun. 70% jualan kami ada lah export, manakala 30% lagi adalah OEM bagi jenama pasaraya terkemuka di Malaysia.

Ketika ini kami sedang dalam usaha memperkenalkan lampin bayi pakai buang jenama kami sendiri iaitu SoftieDry, yang kami banggakan kerana kualiti yang setanding jenama antarabangsa yang ada di Malaysia, dengan harga yang berpatutan, dan satu-satunya pengeluar lampin bayi buatan Muslim. Semua kakitangan kami dari ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan, sehingga ke operator pengeluaran, adalah rakyat Malaysia beragama Islam.

Dalam usaha kami menjadikan SoftieDry sebagai sebuah jenama unggul di Malaysia, bermula bulan Ogos 2016, kami sedang melengkapkan SoftieDry Tour ke seluruh negara. Bermula dengan Expo Kala di Kota Baharu, Baby Expo di KLCC, Program Citarasa Malaysia anjuran KPNDKK di Johor Bahru, kami berbesar hati untuk melancarkan SoftieDry buat kali pertama di Terengganu. Serentak dengan ini kami akan melantik 'Master Stokis' Terengganu yang telah dikenal pasti. Sebahagian dari usaha pengenalan produk, kami berharap agar dapat menyertai Expo Mampan di Kuala Terengganu ini.

Sesungguhnya lampin pakai buang merupakan suatu produk keperluan harian masyarakat, dan kami di RBP selaku sebuah syarikat tempatan dengan kualiti antarabangsa, berdaftar sebagai IKS dengan KPNDKK, mengambil inisiatif melancarkan SoftieDry untuk memenuhi keperluan masyarakat. Semoga usaha ini menepati inspirasi 'the new economic model of Malaysia' untuk mencapai 'sustainable economy', di mana sebuah syarikat tempatan menjadi pengeluar utama kepada suatu produk keperluan masyarakat Malaysia.

Maklumat lanjut syarikat kami boleh didapati di laman web softiedry.com atau di laman facebook kami 'Softiedry by RMCP Baby Products'.

Address:
Blok B & C, Lot 780, Jalan Sungai Putus, Batu 3 3/4 Off Jalan Kapar, 42100 Klang

State:
Selangor

Phone:
019-3284380

Website:
softiedry.com