Loading

Penerangan Program

Forum dan Ekspo Mampan Perlis ni merupakan program CSR yang mengenengahkan pelbagai aktiviti, forum, ekspo, kayuhan basikal, bengkel keusahawanan, bengkel pertanian dan kesenian yang membawa aspirasi pembangunan mampan (sustainable development).

Forum dan Ekspo Mampan telah melalui beberapa siri yang telah bermula sejak 2014 di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Lanjutan dari Forum dan Ekspo Mampan ini, kami telah mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan pula Jelajah Forum dan Ekspo Mampan tidak lain adalah untuk menyebarkan informasi Mampan kepada masyarakat luar bandar. Diharap usaha murni ini dapat memberi impak kepada masyarakat agar dapat bersama-sama bersepakat untuk membangun negara.