Loading

Penerangan Program

Jelajah Forum & Ekspo MAMPAN (JFEM) ialah program yang menampilkan forum, pameran dan jualan, ceramah pendidikan, bengkel usahawan, pertanian & penternakan, kesihatan, kesenian dan berbagai aktiviti yang berkaitan dengan kepentingan pembangunan mampan (sustainable development).

Bermula pada tahun 2016, JFEM telah menjelajah ke seluruh negara dan kini di negeri Kelantan, telah direncanakan untuk berlangsung di Dewan Terbuka Majlis Daerah Pasir Puteh pada 13 hingga 15 Mac 2020. Sekretariat JFEM telah memberi peranan kepada Persatuan Usahawan Tani Cinta Alam Kelantan Darul Naim (PUNCAK) sebagai penganjur dengan kerjasama Kerajaan Negeri & Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).