Kami dengan sukacitanya menjemput anda untuk menghadiri sesi perbincangan penting mengenai Pembangunan Ekonomi Biru di Sarawak. Acara ini akan membincangkan langkah-langkah strategik dalam menguruskan sumber laut secara mampan bagi memastikan keterjaminan makanan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat kita.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar daripada pakar-pakar dalam bidang ekonomi biru, perikanan, dan kelestarian alam sekitar, serta berkongsi pandangan anda dalam membina masa depan yang lebih lestari untuk Sarawak. Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi menyokong usaha bersama ke arah kesejahteraan masyarakat melalui pembangunan yang mampan.
Tarikh dan masa acara ini adalah satu peluang yang baik untuk kita sama-sama membincangkan bagaimana sektor perikanan, akuakultur, dan sumber maritim dapat memainkan peranan penting dalam memastikan ekonomi yang mampan, sambil memelihara alam sekitar kita.
Kami berharap anda dapat hadir dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi biru demi manfaat masyarakat dan generasi akan datang.
Jumpa anda di sana!
Penjelajahan ke segenap negeri bagi acara selama dua hari merangkumi forum dan ekspo serta pelbagai aktiviti bertemakan pembangunan mampan melibatkan berbagai pihak yang mewakili berbagai komponen masyarakat dan agensi kerajaan.
Memperkukuh jaringan dan integrasi berbagai pihak berkepentingan demi Agenda Pembangunan Mampan Negara.
Gabungan beberapa badan bukan kerajaan yang membentuk Sekretariat Jelajah Forum & Ekspo Mampan.
Daun bertaut dan membentuk huruf ‘M’ adalah simbolik kepada perkataan MAMPAN. Pemilihan daun kerana daun memberi maksud tumbuh dan hidup. Ia sentiasa didorong untuk tetap tumbuh, hidup dan berkembang segar. Sesuai dengan perkataan MAMPAN yang memberi maksud kebolehan atau kemampuan mengekalkan keadaan (sustainable).
Bulatan berwarna biru memberi maksud kesatuan, masyarakat dan komuniti yang bekerjasama dalam mencapai matlamat MAMPAN. Biru juga membawa maksud ketenangan, keyakinan dan kepercayaan di dalam komuniti untuk pembangunan yang MAMPAN.
Titik tolak permulaan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan adalah bermula dari kalangan ahli-ahli berbagai badan jaringan Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia yang kebanyakannya adalah golongan usahawan. Justeru itu, Yayasan sebagai satu lembaga pendidikan dan perlatihan mengambil inisiatif untuk merangka program yang dapat memberi input yang relevan dengan suasana semasa di samping peluang kepada komuniti usahawan untuk melebarkan jaringan.
Rentetan itu, Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia telah mengadakan Forum dan Ekspo Mampan bermula pada 2014 di Maktab Koperasi Malaysia dengan memberi focus kepada isu jaminan makanan Negara.
Program ini dilaksanakan dalam bentuk forum yang menampilkan barisan ahli panel yang berkepakaran serta berpengalaman dalam bidang yang berkenaan serta memberi ruang pameran untuk para usahawan khususnya yang terbabit dalam putaran sistem bekalan makanan di negara ini.
Pada tahun 2015 Forum dan Ekspo Mampan mula membawa perspektif yang lebih meluas yakni pembangunan mampan yang menuntut keharmonian hubungan antara masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.
Antara agensi kerajaan, swasta dan badan masyarakat yang bersama-sama menjayakan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan dari 2016 hingga sekarang:
Suite 4D, Tingkat 4, Blok 1, Worldwide Business Park,
Jalan Tinju 13/50, 40675 Shah Alam, Selangor.
+603 5512 4215